Tuesday, November 17, 2009

~Kemalasan berblog melanda~

0 comments
Sejak dua menjak ni saya jadi begitu pemalas nak update blog..ntahlah kemana hilangnya semangat berblog sebelum ini..maybe berlaku banyak faktor...so dek kerna dilanda kemalasan tahap melampau...so nampaknya blog saya ni akan bersawang lah gamaknya...nanti bila2 rajin saya update ok..Jom layan gambar kat bawah...saya suka sesgt...tgk citer kartun ni:-




setiap kul 2.30ptg..tgk dgn puteri2ku


kul 5.30ptg..jarang2 tgk..tapi suka


Astro channel 600++..kekdng juga tgk..(stdy english)


hah...ni pun suka tgk..hihi..kat tv3 ada tv9 pun ada...

Just untuk hari2 kemalasan melanda dan mood merepek ntah apa2 pun keluar...jom layan...

Thursday, November 5, 2009

~Sale Gempak di Butik Hanani~

0 comments
Assalamualaikum semua...Sila-sila masuk website saya..ada sale hebat dgn potongan harga yang masyuk...dapat hadiah lagi...Jika berminat klik link di bawah ye..



Jom Shopping Di sini….
Sambil bershopping anda juga bakal menikmati haruman mewangi sepanjang hari…
Terhad kepada 5 pelanggan terawal ye…akan dapat 1 botol One drop Perfume….





Jom masuk website idah ye:
http://butikhanani.kedainiaga.com

Monday, November 2, 2009

~Ruam Lampin pada bayi Anda~

0 comments
Kredit to

PENGENALAN

Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bahagian punggung, kemaluan dan sekelilingnya, di celah-celah paha dengan tanda kemerah-merahan dan menjadi bintil-bintil merah jika dibiarkan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan lampin tidak kerap ditukar di mana ammonia yang terdapat pada air kencing, bakteria daripada najis, atau kesan-kesan sabun yang terdapat pada lampin yang tidak dibilas dengan betul akan menjadikan kulit bayi radang dan merah.

TANDA-TANDA

>> Kesan tampung merah dan kasar pada punggung, kemaluan, dan paha.
>> Melepuh.
>> Bengkak merah.

KOMPLIKASI

>> Ruam tersebut akan dijangkiti bakteria atau kulat.
>> Jangkitan salur kencing.
>> Eczema atau ruam kulit alergik.

SEBAB-SEBAB

>> Kerengsaan kulit yang disebabkan oleh:

* Terlalu lama terdedah pada lampin yang basah.
* Terlalu lama terdedah pada najis.
* Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit bayi
selepas mandi.

>> Pertukaran dalam makanan bayi yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit iaitu di mana meningkatnya kandungan asid dalam makanan yang dihadam.

>> Alahan atau kerengsaan bila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

>> Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

-LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

>> Tukar lampin bayi anda kerap.

>> Sapukan krim bagi menghalang jerapan setiap lampin ditukar.

>> Biarkan kawasan kemaluan terdedah seberapa lama yang boleh kerana udara dapat mengeringkan kawasan ruam dan mempercepatkan proses penyembuhan.

>> Gunakan lampin yang berkualiti yang menjadikan punggung bayi anda sentiasa kering.

>> Rujuk doktor sekiranya ruam bertambah teruk, tiada perubahan tanpa tanda-tanda sembuh lebih daripada seminggu, atau bengkak- bengkak merah terjadi.

PETUA MENCEGAH

>> Pastikan punggung, kemaluan, dan pangkal paha bayi anda sentiasa kering dengan menukar lampin sekerap mungkin.

>> Sapukan bedak yang sesuai pada bahagian tersebut atau gunakan krim rintangan tanpa bedak.

>> Bilas kesan-kesan sabun dengan sempurna bila memandikan bayi.

>> Bilas kain lampin dengan sempurna daripada sebarang kesan sabun yang mungkin tertinggal.



sekadar gambar hiasan

~Faedah susu Ibu~

0 comments
Anak merupakan anugerah paling indah bagi setiap pasangan suami isteri...Kehadirannya sentiasa dinanti dan diharapkan...Namun tanggungjawabnya besar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...Saya suka baca artikel di laman web islam iaitu www.iluvislam.com... ni ada satu artikel yang bagus untuk dikongsi bersama. Let's read the artikel.

Faedah Susu Ibu
www.iLuvislam.com
oleh: Uwais al-Qarani @ Izat Tarmizi Ismail

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah,sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanaAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang betul. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi:

1.
Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.>Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.

Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua,mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan demi kebaikan bayi-bayi kita.


Sunday, November 1, 2009

~Cerita hujung minggu~

0 comments
Wah sudah 6 hari tak update blog...Kesibukan melanda dan juga banyak perkara nak dibereskan..
Hari ni alhamdulillah semua keje2 tertunggak dapat dibereskan...Antaranya:
  1. BasuhBaju - Alhamdulillah dah settle..tunggu kering aje ..mcm biasa kena lipat( bab ni mmg ambil masa sikit nak siapkan...)
  2. Lipat baju yang sebakul lembang...pun dah siap kemas masuk gobok
  3. Gosok baju(milik en.kanda)...alhamdulillah siap juga..masih berbaki baju2 yang basah aje..
  4. Memasak - erm...yang ni pun sudah
  5. Bagi anak2 makan- alhamdulillah dah kenyang belaka bolehlah ummiya nak bernafas sebentar..
  6. Kemas rumah -hah part ni kena tunggu petang sikit sbbnya anak2 kecik lagi ni...kang siap2 kemas sepah semula...hihii
  7. ok stop utk semua...masa utk berblog lak...
Aktviti riadah puteri2ku :






Menu hari ini :-
  1. Telur masak kurma+sayur bendi+ubi kentang
  2. Kailan ikan masin
  3. sambal sotong
wah sedapnya...huhuhu...puji diri sendiri..hari terajin lak nak snap pic menu...apalagi jom jamu selera ye..



Oklah cukup rasanya utk hari ini...lain kali cerita lagi...ada tazkirah sikit..sila2 baca ye..

Saturday, October 31, 2009

~Diet oh diet~

0 comments


Hah entry hari ni pasal diet..KENAPA??? huhuhu...sebab sekarang idah sedang alami BMI dalam kategori GEMUK...huwaaaaaa...so mcm biasalah kena cari inisiatif untuk kembali menjadi slim...hihihi....sejak melahirkan anak no dua ni berat susah betul nak turun...makin kuat makan adalah..tapi berat maintain okey..turun pun idak naik pun idak...lagu mana tu??
namun tetap rasa sudah lebih berat ni..sbbnya asal bangun pagi aje..tapak kaki sakit nak memijak..kalau time pose...alahai mmg lembik kalau tak makan suppliment atau kurma,sbbnya baby masih meyusu badann..

Hari ni buka satu website..saja nak masuk lak malam ni..search punye search hah..nak tau apa yang idah jumpa...mmg best arrrr...hihi...

Tajuknya : "Diet: Apa Jenis Darah Anda?"

Hah apa kaitan diet dengan darah lak ni...mcm best aje kan...Kesimpulan yang idah dapat dari artikel tu seperti berikut:

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.



Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

Hah mcmane ada tak yang nak tahu lagi??? hihi..Idah ni berdarah AB ye..so kat sini idah tepek maklumat diet yang berdarah AB...untuk info diet bagi darah lain kawan2 leh rujuk link ni ye..:

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1262

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif - amat tepat sekali dengan idah
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


Ok semua..semoga artikel kali ini akan dapat mebantu kawan2 lain yang sedang dalam proses berdiet..seperti saya...nak try ubat kurus di pasaran mahal woooo...tak mampu ambe wei..
huhuhuhu...ok rujukan artikel dari website www.iluvislam.com.

Sunday, October 25, 2009

~Ragam Hananiku~

0 comments
Ideaku mulai berada di tahap kemerosotan..hihi..kemalasan pun mula melanda..so just letak gambar dan anda rekalah cerita sendiri ye..hihi..Jom ikuti pelbagai reaksi puteri-puteriku:-






Wednesday, October 21, 2009

~Alhamdulillah~

2 comments
Tarik nafas lega hari ini...semalam sampai stok pad herba susen...hari ini terus pos laju kepada customer yang sudah order sejak minggu lepas lagi..syukur customerku memahami...terima kasih ye Aishah sbb sanggup menunggu lama...Resah hati ni kalau barang yang customer order lewat di hantar..yelah kan kekdng bila kita memerlukan pihak lain yang buat penghantaran memang akan berlaku sedikit kesulitan.. Al maklumlah masa mereka bukan kita yang tentukan... apa-apapun lega rasanya...

sekadar gambar hiasan ye..

tup2..maghrib tadi dapat sms dr seorg customer:
"Assalamualaikum Idah...Alhamdulillah akk sudah terima Maajun Anggun Bestari siang tadi...cuma nak tanya kenapa 1 botol sahaja...akk order 2 botol kan???"...
Hah???? tergezutttttttttt beruk rasanya...pertama kali terjadi...hah sudah...ni kes mesti tertukar bungkusan..sepatutnya ke Sabah hantar 2 botol, KL 1 botol...ni dah lain jadinya...huh...berpeluh rasanya...takpe2...untuk customerku jangan risau ye...brg tetap akan dipos...Maaf atas apa yang berlaku...

Maajun Anggun bestari ini antara produkku yang paling laris dan mendapat permintaan tau...MAB ni fungsinya multi purpose...2 dalam 1..boleh jadi family planning dan mcm2 lagi khasiatnya...nak tau jom layari blog saya : http://kedainiaga.com/myblog
Inilah pengalaman kan...Idah kena lebih berhati-hati dan alert lagi lepas ni..Apa yang penting services perlu tip top dalam urusan niaga online ni...Terima kasih kak Nurel...esok idah pos yang baru ye...




Tuesday, October 20, 2009

~Happy Birthday My Lovely Hubby~

0 comments
Hari ini merupakan hari kelahiran suamiku yang tercinta...Alhamdulillah genaplah 29tahun umur abang sekarang...Ucapan daripada sayang untuk Abang:

"Kaulah segalanya untukku...
Kaulah curahan hati ini..
Tak mungkin kumelupakanmu...
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang..."

  • Selamat Hari Lahir
  • Semoga Abang panjang umur,murah rezeki dan mendapat keberkatan dalam rumahtangga kita
  • I LOVE YOU so much...
  • Ucapan khas dari sayang dan puteri-puteri Abah..
Erm..sambutan sekadar biasa-biasa sahaja...tak pernah buat majlis besar-besaran...Sayang lebih suka akan privacy...Terima Kasih Abang...

Ini Gambar kek hadiah daripada sayang untuk Abang:



ini gambar gelap sikit...masa ni kat dapur..hihi..



Hah...yang ini paling istimewa tau..sbbnya "Kek Batik" ni Sayang buat khas untuk
Abang....

gambar kredit to google.

Apa yang sayang harapkan dan doakan semoga ikatan perhubungan kita semakin erat hendaknya...Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang paling suci...semoga Allah memberkatinya...amin...

Monday, October 19, 2009

~Mutiara kata dan secangkir doa~

0 comments





Kredit to K.Syarifah (friendster)
Related Posts with Thumbnails
 

~Diari Idah@Wirdatul~ Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template